Sunday, August 30, 2009

Ramadahan Al-Mubarak


Setiap kali tiba bulan Ramadhan, hati kecil saya akan gembira. Sebenarnya, sepanjang Ramadhan saya ingin duduk di kampung selama sebulan. Tidak mahu ke mana-mana seboleh-bolehnya.

Suasana di bulan Ramadhan selalu buatkan saya tenang. Jadi saya tidak mahu ketenangan itu diganggu. Saya mahu duduk rumah diam-diam, layan perut berbunyi kelaparan.

Sempena Ramadhan yang mulia ini juga, saya ingin meminta maaf jika ada tulisan-tulisan saya atau kata-kata atau apa jua perbuatan saya yang tidak sepatutnya. Saya minta maaf atas segala salah dan silap.

Semoga di bulan suci ini kita akan lebih mendapat keberkatan. Semoga saya juga boleh berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik dari hari ke hari.

Selamat berpuasa dan berterawih untuk semua.

No comments:

Post a Comment