Saturday, September 12, 2009

Sepuluh Malam Terakhir


Syawal semakin dekat dan ramadhan semakin meninggalkan kita...apakah perasaan korang?sedih?seronok?korang penah tanya tak kat diri korang adakah ramadhan kali ni ada perubahan atau hanya lapar dan dahaga jer..ada satu hadith mafhumnya berbunyi bergini-berape banyak orang yang berpuasa tetapi puasa mereka hanya lapar sahaja..


Aku rase ramadhan kali tak bermakna sebab aku rase takda perubahan dalam diri aku..aku ni bayak buang masa,cakap benda yg sia2 dll...kadang2 aku soal gak diri aku ni bila la aku ni nak berubah..akupon taktahu camna nak jawab dengan soalan aku 2..mungkin aku ni bayak dosa sampai hati aku ni keras nak terima tarbiyah..aku harap aku akan dapat bertemu ramadhan yang akan dtg dan aku akan cube sebaiknye..


Disini aku ada sediakan satu lirik untuk kita hayati bersama sempena 10 malam terakhir ni..ni band Perak antara yang aku suka..


Ramadhan kini hampir berakhir
masuknya sepuluh malam terakhir
sedihnya kurasa dalam diriku hilang sinarmu ramadhan,
ramadhan semoga kita bertemu lagi, bertemu lagi..
Allahuakhbar 3x


Dan esok syawal dah datang menyapa
kekasih tinggalkan diriku
ayahku sudah pergi lama
yang ada hanya ibunda, pelita, dan malam yang gelap gelita


Tapi tak mengapa kerna ku percaya tuhan itu ada
selalu temaniku dan beri cahaya cinta sempurna
pada hambanya yang miskin hina


Lailahailallah muhammadarasulullah
Allahuakhbar, Allah Maha Besar
Selamat hari raya untuk yang teristimewa
walau kita tak lagi bersama, sedihnya
selamat hari raya untuk teman juga keluarga
ampunkanlah dosa-dosa
maaf zahir batinku pinta
semoga kita bertemu lagi, bertemu lagi..
Allahuakhbar 3x