Sunday, August 30, 2009

Music oh music


Aku memang seorang yang sukekan music..music dengan aku memang tak boleh dipisahkan..aku rase munkin aku dikelilingi dengan music sampai akupon gile dengan music..

Macam2 jenis music aku layan..yang syarak dan yang tak beberape syarak smua aku layan..kadang2 aku dgr music yang aku rase banyak yang bersangkut paut dengan kehidupan aku..kalau aku tension aku suke dengar lagu keras2 ckit mcm metal ke hardcore ke..kalau aku boring2 aku ske dgr lagu mcm power pop..kadang2 aku layan gak nasyid(jujur)..

Aku nak bagi korang bace satu lirik band underground perak nie..die pny lirik memang menyetuh jiwa kalau korang hayati betul2..

bangunlah umat manusia,
sampai bila nak terlena?,
benarkah begitu pentingnya
warna (perbezaan bangsa),
untuk hidup bahagia?,

apa yg telah terjadi?,
nyawa tak lagi punya harga di dunia,
ikutkan hati aku mati,
cinta dunia bawaku jauh,
jauh dari syurga,

jgn diketuk pintu dosa,
pastinya kaukan disapa,

ikutkan hati aku mati,
cinta dunia bawaku jauh,
jauh dari syurga,
ikutkan rasa aku binasa,
cinta dunia bawaku hampir ke neraka.


cube la korang hayati betul2 lirik nie..mmg terase bagi aku..korang aku tak tahu la rase ker tak..aku dah letih tulis nie..ok chow

Ramadahan Al-Mubarak


Setiap kali tiba bulan Ramadhan, hati kecil saya akan gembira. Sebenarnya, sepanjang Ramadhan saya ingin duduk di kampung selama sebulan. Tidak mahu ke mana-mana seboleh-bolehnya.

Suasana di bulan Ramadhan selalu buatkan saya tenang. Jadi saya tidak mahu ketenangan itu diganggu. Saya mahu duduk rumah diam-diam, layan perut berbunyi kelaparan.

Sempena Ramadhan yang mulia ini juga, saya ingin meminta maaf jika ada tulisan-tulisan saya atau kata-kata atau apa jua perbuatan saya yang tidak sepatutnya. Saya minta maaf atas segala salah dan silap.

Semoga di bulan suci ini kita akan lebih mendapat keberkatan. Semoga saya juga boleh berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik dari hari ke hari.

Selamat berpuasa dan berterawih untuk semua.

Hari Pertama Ramadhan Di Kampung


Tiada apa, ya, tiada apa yang boleh menandingi keseronokkan hari pertama berpuasa di kampung. Dikelilingi keluarga, kawan-kawan lama di kampung (walaupun tidak semuanya ada) dan terawih bersama-sama. Just like the old days, seperti zaman semasa kami kecil-kecil dulu.

Bezanya, kami sudah tidak bermain permainan 'polis-entri' lagi selepas solat terawih.

Dari dulu, semenjak dulu lagi, setiap kali tiba Ramadhan, ada sesuatu yang akan menyentuh hati kecil saya. Tidak dapat dipastikan apakah ia. Tapi ia cukup untuk membuatkan hati saya ini tenang.

Di detik itu saya berharap, semoga tahun depan saya dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan di kampung lagi..