Sunday, August 30, 2009

Hari Pertama Ramadhan Di Kampung


Tiada apa, ya, tiada apa yang boleh menandingi keseronokkan hari pertama berpuasa di kampung. Dikelilingi keluarga, kawan-kawan lama di kampung (walaupun tidak semuanya ada) dan terawih bersama-sama. Just like the old days, seperti zaman semasa kami kecil-kecil dulu.

Bezanya, kami sudah tidak bermain permainan 'polis-entri' lagi selepas solat terawih.

Dari dulu, semenjak dulu lagi, setiap kali tiba Ramadhan, ada sesuatu yang akan menyentuh hati kecil saya. Tidak dapat dipastikan apakah ia. Tapi ia cukup untuk membuatkan hati saya ini tenang.

Di detik itu saya berharap, semoga tahun depan saya dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan di kampung lagi..

No comments:

Post a Comment