Tuesday, March 16, 2010

Sahabatku Suhaib Shapie Eksiden!!



Tiga hari lepas aku mendapat message dari chor udin ketika aku dengan family aku berada di pahang kerana abang aku berkahwin disana.Aku mendapat tahu bahawa dua orang sahabat aku mengalami kemalangan jalanraya.Afdholul Rahman dan juga Suhaib Shapie.Mereka menaiki kereta ayahanda Ustaz Mahadzir b Mohamad.Apa yang aku tahu kereta yang mereka bawa tu langgar pokok.

Alhamdulillah Afdholul mengalami cedera ringan tetapi sahabat aku Suhaib mengalami kecederaan yang agak kirtikal.Rahang suhaib patah,bumbung mata retak dan eyeball dikatakan tidak berfungsi dan berkemugkinan besar matanya berisiko untuk kehilangan mata kirinya jika pembedahan tidak berjaya.

Dua hari lepas aku terus pergi ke perlis untuk melawat suhaib.Aku menaiki bas pukul 9 pagi dan tiba di perlis 1.30 petang.Aku pergi ke hospital pukol 5.30 petang bersama ayah dan mak aku.Waktu itu suhaib masih tidak sedarkan diri lagi.Aku cuma berdoa agar dia cepat sedar dan sembuh seperti sedia kala.

Semalam sebelum aku balik ke ipoh,aku mengajak ayahku pergi sekali lagi untuk melawat suhaib.ketika aku masuk ke wad,ayah suhaib sedang bercakap dengan dokor.Dan ayahnya memberitahu padaku yang suhaib sudah sedar.Alhamdulilah suhaib sudah memberi respon ketika aku memanggil namanya.Aku berdoa agar kau cepat sembuh wahai sahabatku.

No comments:

Post a Comment